Saturday, May 5, 2012

hanya ujian KECIL,,lihat mereka tu

semalam, 4 mei 2012, aku sbg student fisio sperti biasa telah menduduki peperiksaan OSPE..(Objective Structured Practical Examination)..3 hri sebelum menduduki OSPE..aku rse xtenang..gelabah..risau..memanglah bagi kita itu NORMAL..but..semalam, sbelum msuk ke bilik peperiksaan..kawan aku tegur..muka aku nampak stress skali..tp, aku cakap normal lah.. then dia ckp, kita ni Allah bagi ujian sikit je..tengok para syuhada' kat PALESTIN tu..sanggup berkorban demi agama, negara..xrasa gentar langsung..
tapi KITA ni? nak exam pon takut masyaAllah..padahal kita dah biasa dah dengan benda ni..bersyukurlah dgn apa yg kita ada..
jangan lupa..kita sebagai saudara seagama..tanah yg dipertahankan tu..tanah BUMI ISLAM..kita orang ISLAM..apa sumbangan kita? utk mempertahankan BUMI Palestin tu..tu tanah KITA UMAT ISLAM..
sedih rasanya..
paling xpon..kita jangan sokong sama skali ISRAEL tu..kita kene BOIKOT barangan yg ada kaitan ngn ISRAEL..contohnya,


MOGA kita boleh tolong sikit2 pon jadilah..jangan lupa doakan mereka.
SEMOGA DIBERIKAN KEMENANGAN KEPADA PARA SYUHADA' PALESTIN..
ameen..

Thursday, April 26, 2012

keIKHLASan..

ikhlas? apa tu? mcm pernah dgr kan? hurm..
sesuatu perkara yg dilakukan..bersandarkan semata-mata kerana Allah..subhanallah..kagum sungguh dgn manusia2 yg sungguh berasa ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara..masyaAllah..insaf dibuatnya..

alhamdulillah..aku dikurniakan kesempatan utk mengisi sdikit ruang yg kosong ini..dgn beberapa cetusan hati dan minda yg terlintas..berlandaskan kemahuan seorang remaja yg dituntuti dgn kehendak agama..insyaAllah

ikhlas? susahnya nak betul2 ikhlas hati ni...sbb mybe mulut kita cakap kita ikhlas..kita rasa kita ikhlas..kita yakin kita ikhlas..tp bila fikirkan balik..aku sndiri salah..aku ikhlas tp kerana sekian2..
hurm, contohnya lah kan..aku begini-begini sbb ibu ayah ku..kerana ayahku, ibuku..ingin bahagiakan mereka.. tp kita terlupa nak fikir nak ikhlaskan tu..sbb ibu ayah KERANA ALLAH..
kita sedekah ni sebab kesian, xsampai hati..tulah nilah..tp letaklah KERANA ALLAH..KITA KESIAN..KITA IKHLAS..KITA KESIAN KERANA ALLAH..KITA SIMPATI KERANA ALLAH..
kita berkongsi rezeki Allah bagi bersama didunia..insyaAllah ada ganjaran di akhirat kelak..


weuhhhhh~lega hati ni..semoga istiqamah dijalanMU ya ALLAH..

Friday, April 6, 2012

beberapa bunyi HATI ♥

HATI?♥ berbunyi ke? bukan JANTUNG ke yg berbunyi? huhu

tolonglah..aku nak kuat..aku sayangkan ibu ayah aku..SANGAT SAYANGKAN DIORANG..NYAWAKU♥ LOVE BOTH OF U!! hari ni...masa aku dalam perjalanan pulang ke asrama..langkahku dihentikan dgn meow an KUCINg..hurm..dia nmpk kelaparan...lalu ku hulur kropok yg mmg ku beli utk mereka 

along ain dan aisyah..akak dan adik2 ku..haha..mereka? penghiburku kala duka..peneman ku kala suka.. xlama lagi along nak kahwin..smoga smuanya berjalan lancar..aku sayang kau lah!! mesti lepas ni xleh nak lepak2 lama2 lagi..kau mesti ngn abg sapik je..huhu..sdeyh.. harap2 xmcm tu lah..LOVE U ALL jugak!!

KIMBUM?? siapa dia?? buah hatiku sekor ni..KUCING kesayanganku..semoga sihat2 je k..penghibur ku kala aku sunyi..dialah buatku tersenyum sorang2..mcm org gila bercakap dgn dia..sedangkan aku hanya berkomunikasi dgn dia je..SI COMEL 

kepada kawan2..trimakasih kerana sentiasa ada dibelakangku..terimakasih sgt2..aku menghargai..smoga persahabatan ini kekal dunia akhirat..ameen..

hatiku terus berbunyi2..kenapa??
kerana masih wujud mereka2 yang amat2 ku sayang yg sentiasa disampingku..

TERIMA KASIH BANYAK2!!!

Wednesday, March 28, 2012

jANGAn sedih-sedih KawaN2ku..

hari ni aku terbaca satu artikel..dimana isinya tentang kesedihan..tentang dunia yg tdak perlu ditangisi.. kesedihan tu satu fitrah manusia...setiap manusia mengalami perasaan itu..
ada 2 jenis kesedihan..kesedihan di mana kita makin DEKAT dgnnya...dan kesedihan yg membuat kita makin JAUH denganNya.. tapi kemanakah kita ni nak meluahkan rasa hati tatkala kesedihan tu melanda??


kawan2..kwan2 prasan tak kita selalu bersedih tentang hal duniawi semata? hurm..ye..aku akui..aku pon menghadapi benda tu..then bila terbaca artikel tu..baru aku rasa mcm buang masa..benda yg terlalu kecil disedihkan..maybe itu salah satu tandanya seorang manusia itu punyai perasaan.. tapi bila fikir balik..patut ke kita sedih kerana hal dunia yg besar bagi kita tapi kecil sebenarnya di sisiNya..?

dalam 1 hadis sahih ade mengatakan: 

Seandainya nilai dunia ini disisi Allah sama nilainya dengan sayap seekor nyamuk, nescaya Allah tidak akan memberi mnum kepada orang kafir walau seteguk air pun.

Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah seorang ulama yang sangat masyur pernah mengatakan bahawa:
Mengingati Allah itu ibarat air kepada ikan,lihat keadaan ikan apabila berjauhan tanpa air.

Ibnu Qayyim Al Jauziyyah juga pernah mengatakan bahawa:
Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali gembira mengenali Allah.
Sakinah atau kebahagian adalah apabila kita merasa aman atas diri sendiri masa depan, keluarga dan kehidupan kita sendiri. Dan semua ini terhimpun dalam keimanan, redha terhadapa qadha' dan qadhar serta diiringi oleh sifat qana'ah dan sabar.
Oleh itu kita harus kembali kepada hakikat hidup yang sebenar, jadikanlah kesedihan itu sebagai ruang untuk kita meraih pahala daripadaNya dan bukannya kita lemparkan dan luahkan segala kesedihan kita semata-mata kerana dunia, kerana dunia ini terlalu kecil untuk ditangisi..
Wallahua'lam...




Love ♥♥♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers