Wednesday, March 28, 2012

jANGAn sedih-sedih KawaN2ku..

hari ni aku terbaca satu artikel..dimana isinya tentang kesedihan..tentang dunia yg tdak perlu ditangisi.. kesedihan tu satu fitrah manusia...setiap manusia mengalami perasaan itu..
ada 2 jenis kesedihan..kesedihan di mana kita makin DEKAT dgnnya...dan kesedihan yg membuat kita makin JAUH denganNya.. tapi kemanakah kita ni nak meluahkan rasa hati tatkala kesedihan tu melanda??


kawan2..kwan2 prasan tak kita selalu bersedih tentang hal duniawi semata? hurm..ye..aku akui..aku pon menghadapi benda tu..then bila terbaca artikel tu..baru aku rasa mcm buang masa..benda yg terlalu kecil disedihkan..maybe itu salah satu tandanya seorang manusia itu punyai perasaan.. tapi bila fikir balik..patut ke kita sedih kerana hal dunia yg besar bagi kita tapi kecil sebenarnya di sisiNya..?

dalam 1 hadis sahih ade mengatakan: 

Seandainya nilai dunia ini disisi Allah sama nilainya dengan sayap seekor nyamuk, nescaya Allah tidak akan memberi mnum kepada orang kafir walau seteguk air pun.

Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah seorang ulama yang sangat masyur pernah mengatakan bahawa:
Mengingati Allah itu ibarat air kepada ikan,lihat keadaan ikan apabila berjauhan tanpa air.

Ibnu Qayyim Al Jauziyyah juga pernah mengatakan bahawa:
Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali gembira mengenali Allah.
Sakinah atau kebahagian adalah apabila kita merasa aman atas diri sendiri masa depan, keluarga dan kehidupan kita sendiri. Dan semua ini terhimpun dalam keimanan, redha terhadapa qadha' dan qadhar serta diiringi oleh sifat qana'ah dan sabar.
Oleh itu kita harus kembali kepada hakikat hidup yang sebenar, jadikanlah kesedihan itu sebagai ruang untuk kita meraih pahala daripadaNya dan bukannya kita lemparkan dan luahkan segala kesedihan kita semata-mata kerana dunia, kerana dunia ini terlalu kecil untuk ditangisi..
Wallahua'lam...




Monday, March 26, 2012

no worries..but still

hari ni 26 mac 2012..aku xtaw nak cakap macam mana..aku harap kawan2 xd simpan dendam ngn aku.. kalau de pon..aku minta maaf taw! hurm..terima kasih kat kawan2 yg dah maafkan..yang belum tu..aku hy mampu doakan moga dilembutkan hatinya..ameen..

hari ni bosan dan mengantuk..aku duduk sorg2 di satu sudut tu..membuat aku terfikir.. salah ke nak berkongsi ilmu yg kita dapat? mereka bole berkata aku hanyalah berlakon dan tunjuk baik..astagfirullah..minta disimpangkan..istigfar byk2 nadiah..xpe..ni dugaan..kau pon xyah layan sgt mulut org..mulut org mmg xleh tutup.. huhu..okay..lpas ni..aku hy mmpu kongsi ilmu kat ruangan ni sahaja..diorang nak ckap pe..biarlah..FaceBook..biarlah menjadi sumber aku untuk terus berhubung dgn rakan2 lama..


mungkin juga ini salah satu cara menghapus dosa2 kecilku? tp xdelah seberat mana ujian ini kalau nak ditimbang dgn kesusahan orang lain..bersyukurlah kerana msih ade Ujian untukmu nadiah~

untuk kawan2, 
jangan pernah putus asa, jangan pernah patah semangat, jangan pernah pandang belakang jika kita rasa kita nak kembali ke jalanNya dan memohon keampunan dariNya atas dosa2 lampau... teruslah maju ye!
untuk saya juga! walau perubahan ni xdelah drastik..trus jadi seorang wanita solehah..sekurang-kurangnya aku sedang berusaha ke jalanMu..

Sunday, March 25, 2012

bilalah giliranku tiba?~tahniah kawan~

notification menunjukkan satu berita gembira buatku~ berita pertunangan sahabatku~ aku membuka page group untuk ex schoolmates..sungguh ramai tidak menyangka bahawa dialah yang bakal bertunang tu.. tahniah buatmu!! aku tumpang gembira..smoga berbahagia..dan dipanjangkan jodohnya sehingga ke akhir hayat.ameen.



aku terfikir sejenak..semuda itu dia berjumpa dgn tulang rusuknya..insyaAllah..bilakah tibanya untuk ku? biarlah si dia yang mencariku..bukan aku yang terhegeh2 mencarinya...semoga naluriku ini betul..aku memohon agar betul pilihan ku kelak..tak berapa nak best lah memikirkan hal2 dewasa yang tak perlu aku fikirkan..tapi siapa kata tidak perlu??

umurku sudah pon mencecah angka 2..rasanya tidak salah... kebimbangan fitnah itu berlaku amat menganggu.. semoga dijauhkan..

apa-apa pun..TAHNIAH buat sahabatku...FATIN..aka abeyy..semoga dilimpahkan kebahagiaan..dunia dan akhirat..ameen...

~salam kasih dariku~

seKADAR perKONGSIan~

aku hambaNya yang serba kekurangan...pasti ada kekurangan disetiap sudut kehidupan..begitulah juga aku hamba yang banyak membuat kesilapan..dan aku ingin menebus sgala kesilapan lampau itu..

disaat orang bergelak ketawa..aku hanya mampu tersenyum menandakan aku bahagia..disaat orang bersedih, aku hanya mampu membuat mereka tersenyum..tapi tidak cukup untuk membuat mereka bahagia..

aku bukanlah seorang sahabat yang 'perfect' untuk mereka..tapi aku tahu mereka dah berikan yang terbaik untuk aku..aku bukanlah seperti para sahabat nabi..yang setia kepada nabi..tapi aku sedang usaha ke arah itu.. itu lah sebabnya aku sangat menyayangi hubungan persahabatan ini..walaupun aku bukan yg terbaik..tapi mereka banyak mengajarku erti kehidupan dalam persahabatan..alhamdulillah..Allah telah mengurniakan aku sahabat seperti mereka..

saya tengah berusaha menjadi lebih baik~


sesungguhnya aku merasa malu dgn dosa-dosa lampau disaat menadah tangan memohon keampunan dariNya...


Saturday, March 24, 2012

bila CINTA itu disalah erti~

detik demi detik..berjam aku duduk di ats sjadah tunduk sbg hamba-Nya...memikirkan kesalahan2 yg telah ku buat..dan apa yang telah ku buat..sehingga mampu menghancurkan hati seorang lelaki yg amat ku sayangi..aku telah sangat rasa bersalah kepadanya...kesalahan yg tak mungkin dia maafkan..SALAHKAH juga keinginan aku BERUBAH kearah KEBAIKAN..~ujian~

aku menadahkan tangan tanda memohon kepadaNya agar dilembutkan hati si dia..menerima kata-kata yang telah aku berikan kepada dia..mungkin lembut bicaraku.tp tidak indah kata-kata yg telah ku beri..

aku tidak dapat menahan air mata ni dari jatuh..aku biarkan pipiku ni dibasahkan dgn air mata yg tidak dapat ditahan lagi..bunyi msej bertubi-tubi..yang ku dapat hanyalah kata-kata mesej yg membuatkanku bertambah sakit..mungkin ini balasan buatku..kerna telah menyakiti hatinya..

aku teruskan membaca ayat-ayat alquran dan berzikir..beristigfar..agar aku diberi ketenangan...telekungku yg tadinya kering kini basah...mendengar zikir2 dan mengikutinya membuatku sehingga terlena di atas sejadah itu..



bangun dari lena, aku membuka mesej di handfon.. selesai membaca mesej darinya.. aku sedar, aku tak dapat dimaafkan..memang kesalahan itu patut ditujukan kepadaku..aku tak dapat menahan air mata ini.. aku mengambil wudu'..kembali bersujud kepadaNYA..aku memohon dilembutkan hatinya..aku tak sanggup dimaki oleh seorang laki yg sangat2 aku sayang..tapi aku juga takut untuk memberi dan meletak harapan atas hubungan yg telah kami bina hampir setahun..

CINTA itu anugerah..dan aku sangat2 hargai CINTA itu..cinta itu DIA yang bagi..melalui insan bernama nazron..even aku berkata 'jangan meletakkan harapan kepadaku lagi'..tapi cinta itu masih kuat untuknya sebenarnya..sangat kuat..tapi dia tidak cukup mengenali ku lagi...aku sedar..kesalahan itu memang aku yg buat..memang patut aku dihukum sebegini..

aku akan sentiasa mendoakan dilembutkan hatinya...insyaAllah panjang umur dan ada jodoh..aku pasti akan menerimanya SATU HARI nanti...bila aku sudah layak digelar seorang isteri..aku mohon juga agar dikuatkan hati andai dia terus menerus marah kepada ku...semoga dilembutkan hatinya juga..lembutkanlah..lembutkanlah..semoga kami diredhai..ameen..


~dan ISTIKHARAHku bermula~

semoga aku diberikan kekuatan..yaAllah yang Maha Mengetahui, berikanlah petunjuk tentang rahsia mu yang satu ini..jodohku..agar aku tidak lagi curang terhadap bakal suamiku..ameen..

Love ♥♥♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers