Saturday, September 29, 2012

Physiotherapy wanna BE..

assalammua'laikum n hve a good day friens....so ape khabar kwn2 hari ni?? sihat? lama dah xberi khabar kat blog ni kan..entry ni di update oleh ANGAH..yg lain ni xtawla bila dorang nk update..nmpknye agh jugak yg aktif even xbpe nk aktif..hihi
so agh nak share sikit pengalaman agh jadi student physios nih..erm?? korang taw ke ape itu physio?atau jurupulih perubatan anggota?? hihi
meh sini agh nk crita.

DULU masa sem 1, bigboss kat tempt agh ditempatkan utk attachment, ade bagitahu, FISIOTERAPi ini..adalah HOLLISTIC management..means MENYELURUH..dalam memberi penekanan dalam aspek penjagaan kesihatan yang berkaitan dgn pengendalian n PEMULIHAN FUNGSI FIZIKAL dan pergerakan tubuh manusia. merangkumi  musculoskeletal, cardiorespiratory, neurology,paediatrik,women's n men's health, geriatric, sports n byk lagi lah.. 



okay so this sem..agh berjaya melanjutkan pelajaran ke sem 4..alhamdulillah...n this sem jugak..kitorang akan ditempatkan di clinical placement dimana kita kene berpraktikall...yuhuuuuu!~

mula-mula tu mmg seram sejuk lah..sbb yelah kita ni xbpe nak bijak.. but then bila dah praktikal..lama2 kita sedar, skill atau kemahiran kita sedang diasah sebenarnye..dan masa tuh..pengetahuan bertambah... n we no worries bout patient management lah..mybe as a stdent ktorang tetap kene rujuk yg senior..iaitu fisio yg sebenar n sudah qualified...erm..okay>>? at the same time kita asah communication skill kita yg dlunya tah ape2 tu..hihi.. seronok bila dapat tgok progression pesakit yg dlunye xbole berjalan but now they can..intresting lah!!`seronok

PENAT?? huh..mana ad kerja yg xpenat..kan? biasalah tu..namapon kerja bukan berehat..huihi
patient terlalu ramai kadang2 menyebabkan fisioterapis xdpt nk fokus pd seseorang pesakit..tp jgn risau..mereka tetap dalam pemerhatian terapis..

tanggungjawab mmg besar..kami(physioterapis) membantu mereka, untuk mereka membantu diri mereka sendiri..contohlah..terapis prescribe exercise utk pesakit..but then if pesakit itu sndiri xde buat, xnak or mlas..kami xbole nak paksa..sebab tu ciri2 seorang terapis memerlukan seseorang yg kalau boleh reti lah nk psycho pesakit..advice..sbb tu perlu patient's education..

hurm, thats y we need to treat them, mereka sgt2 perlukan terapis dalam pemulihan aggota meraka utk meningkatkan kualiti hdup dalam kefungsian..erm..erm..erm..nak cakap ape lagi ek..
saya BANGGA menjadi seorang student physiotherapy

KAMI FISIOTERAPI KSKB SB STUDENT






Friday, July 27, 2012

gelaran BUDAK BARU!!~

assalammua'laikum kawan2..sorry lama xupdate..lately bz sikit..hehe
okay skarang xtaw nak cakap pe..tapi berdasarkan TAJUK tu..nak SHARE sikit kat adik2 kita yang baru masuk IPTA/IPTS tuh...banyak CABARAN TAW..meh sini akak bagitaw..

1.KAWAN.
kawan tu sangat penting adik2..masa kita belajar kat IPT nilah jati diri kita dibentuk..bila korang dah lama sikit jadi student ipt ni baru korang akan faham ape yg akak maksudkan..
kita kene BIJAK cari kawan. sebab KAWAN tu lah yang akan melambangkan sikap kita. KENALAN biar ramai adik2, tapi ORANG YANG RAPAT harus betul2 diTAPIS!. untuk kenal diri kita, cuba adik2 fikir kejap, siapa kawan2 kita 5-6 orang yang paling rapat ngn kita? ITULAH KITA. ingat! tok imam xkan SELESA berkawan dgn penyamun, penjual minyak atar tdak akan LAMA berkawan dgn pemungut sampah. hurm, fikir lah adik apa yang tersurat dari kata-kata di atas. akak dapat pon sebab hasil pembacaan. bahan BACAAN akak tu buat akak terfikir..muhasabah balik..



2. JANGAN TERLALU TUNDUK DGN ORANG LAIN.
adik2 kalau jenis gini memang kompem kene BULI..TAPI akak TAK suruh adik2 BIADAP PULA. just kene berani kata kan tidak pada hal yang adik tidak senang. pernah KAWAN akak bagitaw, jaga hati orang itu perlu, tapi FIKIRKAN apa yang orang CAKAP psal kita tu TAK PERLU. just let them be..lama-lama orang pon bosan..dorang bukan peduli pon. so jgn cepat melatah ye adik2..



3. JANGAN BUANG MASA.
adik-adik mesti de kwan baru bila masuk ipt,.kawan2 pon akan ajak adik, g sana, g sini..habis duit yang mak ayah adik2 bagi kat adik utk belajar. kalau dapat PTPTN or BIASISWA pon,,sanggup adik2 habiskan duit tu..n mintak duit mak ayah adik2 duit lagi??utk beli buku n sbg nye. SANGGUP ke adik2?? ingat..memang tanggungjawab ibu bapa menanggurng kita, tapi bukan cara kita MEMBALAS JASA mereka dgn begini cara nya. HARGAI MEREKA. JANGAN BUANG MASA adik2. ENJOY tu boleh, tak salah, tapi berpada-pada. TENGOK SIAPA KAWAN KITA TU. selagi akhlaknya disenangi, bole bantu adik2 tak lalai..tak pe. teruskan enjoykan diri anda dgn cara KAWAN2 yang GRED 1 ni..iaitu kawan2 yang membawa kepada kebaikan..hurm


adik2, akak fatins, nak pesan, jaga diri elok2..ingat mak ayah kita ye!~ hehe. jangan reti cakap SAYANG saja dimulut, tapi HARGAI mereka. dengar kata mereka.

akak SHARE hal2 mcm ni, sebab, akak dapat dari pembacaan AKAK. tu yg SYOK nye membaca.. RAJIN2 BACA, TAK KESAHLAH, BUKU OR MAJALAH. as long as adik2 dapat kebaikan, tambah pengetahuan adik. 



(^_^) salam ukhuwah.

Thursday, May 24, 2012

my HEROes called BF

u'll guess wht?? i love my hero so much..he came to me..make me happy..  
hurm, bila aku sdeyh dia slalu ada..kalau kat BP tu ..aku balik je..mesti dia selalu dengan aku..walaupon muka dia slumber, tapi gaya dia cukup, cukup buat aku rasa nak cobit2 dia yg gebu tu..comel sgt!

kimBUM...yes, he is. hero keluarga juga. setia duduk kat rumah tu. bila aku balik je. dia mesti tggu dpn pagar. bila aku bukak pintu kereta, aku paggil dia, dia trus dtg kat aku..hehe.. comel sgt. rindu kat dia
pagi2 lagi. dia yang kejut aku sebelum subuh lagi. so bila azan berkumandang aku dpt mendengarnya.

kimbum ni cerdik, makan ikut time. tapi kalau dia lapar. dia akn tggu dpan pintu. dan bila aku ada, dia akn berdiri di depan almari dimana tersimpannya biskut makanan dia, berdiri taw bukan merangkak. hehe..sambil menghulurkan tangan nye utk bukak pintu almari tu.
bijak


kucing aku ni..umur dia dah lebih kurang stahun jugalah. nama dia. KIMBUM. sebab dia comel mcm kimbum BOF..hahahaha


i miss u so much my hero..ilove u..dok rumah baik2 taw..ayah sayangdia, ibu pon sayang.. angah lagi sayang..nak kol dgr suara kimbum pon jadilah. hehe

Saturday, May 19, 2012

SEARCHing for somethings~

ok, hari ni..kami 4 beradik terpaksa keluar malam..sebab malam je ktorang freeee~huhu..mcm ni.. kitorang keluar pon sbb de misi..hehe..
kami cari something yg boleh diberikan kepada our BELOVED PARENTS, ibu n ayah..
stelah lama kami mengumpul duit..akhirnya kami berjaya mengumpulkan bergabung bersama dan sepakat beli hadiah utk ibu ayah tersayang..

hurm, sambil2 mencari tu..ade jelah jalan crita..even ade jugakk perkara xbest jadi..kat BPMALL td..tapi aku teruskan hidup..ceyhhh...semangat dari sistersss yg gempaq2 ni..hehe.. ok, biar gambr menceritakan..

ONTHEWAY










PEMILIHAN SEDANG DIJALANKAN



BARANG DIKEHENDAKI SUDAH BERJAYA DIPILIH







TARAAAAAAAA!!!~

KHAS BUAT IBU n AYAH terCINTA!!

the COUPLE'S OF BONIA!~



Thursday, May 17, 2012

newsss!!!~

hai..salam sejahtera yep!. hurm, mulai hari ni..saat ini.. aku wakafkan blog aku ni kat adikbradik aku..ALONG, AIN AISYAH.. lepas ni..setiap entri kami akan tertera nama dihujung pnulisan kami.. kepada sesiapa yang dah terlanjur baca ni..silalah join kami..klik je button (Join this site) kat ats ni.. insyaAllah, de maklumat yg kami ingin kongsikan bersama..samada dalam bentuk peribadi..atau pon random..hurm..kenangan kami akan kami sentiasa update k.. hehe.. LOVE U ALLS!!

Saturday, May 5, 2012

hanya ujian KECIL,,lihat mereka tu

semalam, 4 mei 2012, aku sbg student fisio sperti biasa telah menduduki peperiksaan OSPE..(Objective Structured Practical Examination)..3 hri sebelum menduduki OSPE..aku rse xtenang..gelabah..risau..memanglah bagi kita itu NORMAL..but..semalam, sbelum msuk ke bilik peperiksaan..kawan aku tegur..muka aku nampak stress skali..tp, aku cakap normal lah.. then dia ckp, kita ni Allah bagi ujian sikit je..tengok para syuhada' kat PALESTIN tu..sanggup berkorban demi agama, negara..xrasa gentar langsung..
tapi KITA ni? nak exam pon takut masyaAllah..padahal kita dah biasa dah dengan benda ni..bersyukurlah dgn apa yg kita ada..
jangan lupa..kita sebagai saudara seagama..tanah yg dipertahankan tu..tanah BUMI ISLAM..kita orang ISLAM..apa sumbangan kita? utk mempertahankan BUMI Palestin tu..tu tanah KITA UMAT ISLAM..
sedih rasanya..
paling xpon..kita jangan sokong sama skali ISRAEL tu..kita kene BOIKOT barangan yg ada kaitan ngn ISRAEL..contohnya,


MOGA kita boleh tolong sikit2 pon jadilah..jangan lupa doakan mereka.
SEMOGA DIBERIKAN KEMENANGAN KEPADA PARA SYUHADA' PALESTIN..
ameen..

Thursday, April 26, 2012

keIKHLASan..

ikhlas? apa tu? mcm pernah dgr kan? hurm..
sesuatu perkara yg dilakukan..bersandarkan semata-mata kerana Allah..subhanallah..kagum sungguh dgn manusia2 yg sungguh berasa ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara..masyaAllah..insaf dibuatnya..

alhamdulillah..aku dikurniakan kesempatan utk mengisi sdikit ruang yg kosong ini..dgn beberapa cetusan hati dan minda yg terlintas..berlandaskan kemahuan seorang remaja yg dituntuti dgn kehendak agama..insyaAllah

ikhlas? susahnya nak betul2 ikhlas hati ni...sbb mybe mulut kita cakap kita ikhlas..kita rasa kita ikhlas..kita yakin kita ikhlas..tp bila fikirkan balik..aku sndiri salah..aku ikhlas tp kerana sekian2..
hurm, contohnya lah kan..aku begini-begini sbb ibu ayah ku..kerana ayahku, ibuku..ingin bahagiakan mereka.. tp kita terlupa nak fikir nak ikhlaskan tu..sbb ibu ayah KERANA ALLAH..
kita sedekah ni sebab kesian, xsampai hati..tulah nilah..tp letaklah KERANA ALLAH..KITA KESIAN..KITA IKHLAS..KITA KESIAN KERANA ALLAH..KITA SIMPATI KERANA ALLAH..
kita berkongsi rezeki Allah bagi bersama didunia..insyaAllah ada ganjaran di akhirat kelak..


weuhhhhh~lega hati ni..semoga istiqamah dijalanMU ya ALLAH..

Friday, April 6, 2012

beberapa bunyi HATI ♥

HATI?♥ berbunyi ke? bukan JANTUNG ke yg berbunyi? huhu

tolonglah..aku nak kuat..aku sayangkan ibu ayah aku..SANGAT SAYANGKAN DIORANG..NYAWAKU♥ LOVE BOTH OF U!! hari ni...masa aku dalam perjalanan pulang ke asrama..langkahku dihentikan dgn meow an KUCINg..hurm..dia nmpk kelaparan...lalu ku hulur kropok yg mmg ku beli utk mereka 

along ain dan aisyah..akak dan adik2 ku..haha..mereka? penghiburku kala duka..peneman ku kala suka.. xlama lagi along nak kahwin..smoga smuanya berjalan lancar..aku sayang kau lah!! mesti lepas ni xleh nak lepak2 lama2 lagi..kau mesti ngn abg sapik je..huhu..sdeyh.. harap2 xmcm tu lah..LOVE U ALL jugak!!

KIMBUM?? siapa dia?? buah hatiku sekor ni..KUCING kesayanganku..semoga sihat2 je k..penghibur ku kala aku sunyi..dialah buatku tersenyum sorang2..mcm org gila bercakap dgn dia..sedangkan aku hanya berkomunikasi dgn dia je..SI COMEL 

kepada kawan2..trimakasih kerana sentiasa ada dibelakangku..terimakasih sgt2..aku menghargai..smoga persahabatan ini kekal dunia akhirat..ameen..

hatiku terus berbunyi2..kenapa??
kerana masih wujud mereka2 yang amat2 ku sayang yg sentiasa disampingku..

TERIMA KASIH BANYAK2!!!

Wednesday, March 28, 2012

jANGAn sedih-sedih KawaN2ku..

hari ni aku terbaca satu artikel..dimana isinya tentang kesedihan..tentang dunia yg tdak perlu ditangisi.. kesedihan tu satu fitrah manusia...setiap manusia mengalami perasaan itu..
ada 2 jenis kesedihan..kesedihan di mana kita makin DEKAT dgnnya...dan kesedihan yg membuat kita makin JAUH denganNya.. tapi kemanakah kita ni nak meluahkan rasa hati tatkala kesedihan tu melanda??


kawan2..kwan2 prasan tak kita selalu bersedih tentang hal duniawi semata? hurm..ye..aku akui..aku pon menghadapi benda tu..then bila terbaca artikel tu..baru aku rasa mcm buang masa..benda yg terlalu kecil disedihkan..maybe itu salah satu tandanya seorang manusia itu punyai perasaan.. tapi bila fikir balik..patut ke kita sedih kerana hal dunia yg besar bagi kita tapi kecil sebenarnya di sisiNya..?

dalam 1 hadis sahih ade mengatakan: 

Seandainya nilai dunia ini disisi Allah sama nilainya dengan sayap seekor nyamuk, nescaya Allah tidak akan memberi mnum kepada orang kafir walau seteguk air pun.

Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah seorang ulama yang sangat masyur pernah mengatakan bahawa:
Mengingati Allah itu ibarat air kepada ikan,lihat keadaan ikan apabila berjauhan tanpa air.

Ibnu Qayyim Al Jauziyyah juga pernah mengatakan bahawa:
Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali gembira mengenali Allah.
Sakinah atau kebahagian adalah apabila kita merasa aman atas diri sendiri masa depan, keluarga dan kehidupan kita sendiri. Dan semua ini terhimpun dalam keimanan, redha terhadapa qadha' dan qadhar serta diiringi oleh sifat qana'ah dan sabar.
Oleh itu kita harus kembali kepada hakikat hidup yang sebenar, jadikanlah kesedihan itu sebagai ruang untuk kita meraih pahala daripadaNya dan bukannya kita lemparkan dan luahkan segala kesedihan kita semata-mata kerana dunia, kerana dunia ini terlalu kecil untuk ditangisi..
Wallahua'lam...




Monday, March 26, 2012

no worries..but still

hari ni 26 mac 2012..aku xtaw nak cakap macam mana..aku harap kawan2 xd simpan dendam ngn aku.. kalau de pon..aku minta maaf taw! hurm..terima kasih kat kawan2 yg dah maafkan..yang belum tu..aku hy mampu doakan moga dilembutkan hatinya..ameen..

hari ni bosan dan mengantuk..aku duduk sorg2 di satu sudut tu..membuat aku terfikir.. salah ke nak berkongsi ilmu yg kita dapat? mereka bole berkata aku hanyalah berlakon dan tunjuk baik..astagfirullah..minta disimpangkan..istigfar byk2 nadiah..xpe..ni dugaan..kau pon xyah layan sgt mulut org..mulut org mmg xleh tutup.. huhu..okay..lpas ni..aku hy mmpu kongsi ilmu kat ruangan ni sahaja..diorang nak ckap pe..biarlah..FaceBook..biarlah menjadi sumber aku untuk terus berhubung dgn rakan2 lama..


mungkin juga ini salah satu cara menghapus dosa2 kecilku? tp xdelah seberat mana ujian ini kalau nak ditimbang dgn kesusahan orang lain..bersyukurlah kerana msih ade Ujian untukmu nadiah~

untuk kawan2, 
jangan pernah putus asa, jangan pernah patah semangat, jangan pernah pandang belakang jika kita rasa kita nak kembali ke jalanNya dan memohon keampunan dariNya atas dosa2 lampau... teruslah maju ye!
untuk saya juga! walau perubahan ni xdelah drastik..trus jadi seorang wanita solehah..sekurang-kurangnya aku sedang berusaha ke jalanMu..

Sunday, March 25, 2012

bilalah giliranku tiba?~tahniah kawan~

notification menunjukkan satu berita gembira buatku~ berita pertunangan sahabatku~ aku membuka page group untuk ex schoolmates..sungguh ramai tidak menyangka bahawa dialah yang bakal bertunang tu.. tahniah buatmu!! aku tumpang gembira..smoga berbahagia..dan dipanjangkan jodohnya sehingga ke akhir hayat.ameen.



aku terfikir sejenak..semuda itu dia berjumpa dgn tulang rusuknya..insyaAllah..bilakah tibanya untuk ku? biarlah si dia yang mencariku..bukan aku yang terhegeh2 mencarinya...semoga naluriku ini betul..aku memohon agar betul pilihan ku kelak..tak berapa nak best lah memikirkan hal2 dewasa yang tak perlu aku fikirkan..tapi siapa kata tidak perlu??

umurku sudah pon mencecah angka 2..rasanya tidak salah... kebimbangan fitnah itu berlaku amat menganggu.. semoga dijauhkan..

apa-apa pun..TAHNIAH buat sahabatku...FATIN..aka abeyy..semoga dilimpahkan kebahagiaan..dunia dan akhirat..ameen...

~salam kasih dariku~

seKADAR perKONGSIan~

aku hambaNya yang serba kekurangan...pasti ada kekurangan disetiap sudut kehidupan..begitulah juga aku hamba yang banyak membuat kesilapan..dan aku ingin menebus sgala kesilapan lampau itu..

disaat orang bergelak ketawa..aku hanya mampu tersenyum menandakan aku bahagia..disaat orang bersedih, aku hanya mampu membuat mereka tersenyum..tapi tidak cukup untuk membuat mereka bahagia..

aku bukanlah seorang sahabat yang 'perfect' untuk mereka..tapi aku tahu mereka dah berikan yang terbaik untuk aku..aku bukanlah seperti para sahabat nabi..yang setia kepada nabi..tapi aku sedang usaha ke arah itu.. itu lah sebabnya aku sangat menyayangi hubungan persahabatan ini..walaupun aku bukan yg terbaik..tapi mereka banyak mengajarku erti kehidupan dalam persahabatan..alhamdulillah..Allah telah mengurniakan aku sahabat seperti mereka..

saya tengah berusaha menjadi lebih baik~


sesungguhnya aku merasa malu dgn dosa-dosa lampau disaat menadah tangan memohon keampunan dariNya...


Saturday, March 24, 2012

bila CINTA itu disalah erti~

detik demi detik..berjam aku duduk di ats sjadah tunduk sbg hamba-Nya...memikirkan kesalahan2 yg telah ku buat..dan apa yang telah ku buat..sehingga mampu menghancurkan hati seorang lelaki yg amat ku sayangi..aku telah sangat rasa bersalah kepadanya...kesalahan yg tak mungkin dia maafkan..SALAHKAH juga keinginan aku BERUBAH kearah KEBAIKAN..~ujian~

aku menadahkan tangan tanda memohon kepadaNya agar dilembutkan hati si dia..menerima kata-kata yang telah aku berikan kepada dia..mungkin lembut bicaraku.tp tidak indah kata-kata yg telah ku beri..

aku tidak dapat menahan air mata ni dari jatuh..aku biarkan pipiku ni dibasahkan dgn air mata yg tidak dapat ditahan lagi..bunyi msej bertubi-tubi..yang ku dapat hanyalah kata-kata mesej yg membuatkanku bertambah sakit..mungkin ini balasan buatku..kerna telah menyakiti hatinya..

aku teruskan membaca ayat-ayat alquran dan berzikir..beristigfar..agar aku diberi ketenangan...telekungku yg tadinya kering kini basah...mendengar zikir2 dan mengikutinya membuatku sehingga terlena di atas sejadah itu..



bangun dari lena, aku membuka mesej di handfon.. selesai membaca mesej darinya.. aku sedar, aku tak dapat dimaafkan..memang kesalahan itu patut ditujukan kepadaku..aku tak dapat menahan air mata ini.. aku mengambil wudu'..kembali bersujud kepadaNYA..aku memohon dilembutkan hatinya..aku tak sanggup dimaki oleh seorang laki yg sangat2 aku sayang..tapi aku juga takut untuk memberi dan meletak harapan atas hubungan yg telah kami bina hampir setahun..

CINTA itu anugerah..dan aku sangat2 hargai CINTA itu..cinta itu DIA yang bagi..melalui insan bernama nazron..even aku berkata 'jangan meletakkan harapan kepadaku lagi'..tapi cinta itu masih kuat untuknya sebenarnya..sangat kuat..tapi dia tidak cukup mengenali ku lagi...aku sedar..kesalahan itu memang aku yg buat..memang patut aku dihukum sebegini..

aku akan sentiasa mendoakan dilembutkan hatinya...insyaAllah panjang umur dan ada jodoh..aku pasti akan menerimanya SATU HARI nanti...bila aku sudah layak digelar seorang isteri..aku mohon juga agar dikuatkan hati andai dia terus menerus marah kepada ku...semoga dilembutkan hatinya juga..lembutkanlah..lembutkanlah..semoga kami diredhai..ameen..


~dan ISTIKHARAHku bermula~

semoga aku diberikan kekuatan..yaAllah yang Maha Mengetahui, berikanlah petunjuk tentang rahsia mu yang satu ini..jodohku..agar aku tidak lagi curang terhadap bakal suamiku..ameen..

Friday, February 17, 2012

FRiday Wisdom..(^_^)v VALENTINE's DAY vs CINTA

ok..assalamua'laikum n salam sejahtera (ceyh dah mcm formal sgt).. firstly, saya nak ucapkan Happy Birthday kat diri sendiri..hehe..^_^ kat korang..THANKS baca~~!

pertamanya,hari ni..banyak yg telah saya pelajari..kelas Puan Zati yang sangat best dan amat faham..kelas praktikal SDC.. apa itu SDC? klu nak tahu google lah..hehe..ia sbnrnye sjenis alat atau pon kitorang kenali sbg sejenis elektroterapi utk tujuan rawatan oleh fisioterapis..(betul x)*sebab saya student fisio*

kedua, tengahari tadi..sementara muslimin mengerjakan solat jumaat..para muslimah KSKB sg buloh dialu-alukan menghadiri ceramah "friday wisdom"..hari ni tajuk tentang valentines day yg haram bagi umat ISLAM menyambutnya..so saya nak share sikitlah tntg apa yg saya dgr..


berdasarkan apa saya dapat tangkap dari ustazah tu cakap..Valentine's day haram utk umat islam menyambutnya sbb ia mengikut kepercayaan agama lain..berdasarkan sejarahnya, seorang manusia yg bernama Valentino sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut 'Syuhada') yang kematian kekasihnya pada tanggal 14 februari. oleh kerana terlalu menyayangi kekasihnya yg telah mati tu., setiap tahun Valentino akan menyambut hari itu sebagai Hari Kekasih.

tapi sebenarnya, asal usul cerita sejarah Hari Valentine tu sendiri xdpt disahihkan kerana cerita2 ini smuanya berunsurkan kata2 dari orang..atau cerita yang hanya didengar...inikan pula kita sbg umat Islam nak mengikutinya?..hurm, 

“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah Al-An’am : 116)

terima kasih dan alhamdulillah saya tidak ketinggalan menyertai ceramah td..
ustazah tu pon ade pesan..tentang Cinta..



TERingat tadi nyanyi dalam audi lagu 5cinta..yang membuat saya sedar begitu besarnya erti CINTA sebenar..

Cinta kepada Allah,
Cinta Rasul,
Cinta Ibu Bapa,
Cinta kepada ummah,
Cinta kepada kecemerlangan,

Marilah kita semua
Cinta 5 perkara

jom layan~~



haihh..tu je kot..nanti klu de pape saya nak share..sy pasti akan update..! dun worry frens..
love u all~

assalamua'laikum w.b.t

Love ♥♥♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers