Wednesday, March 28, 2012

jANGAn sedih-sedih KawaN2ku..

hari ni aku terbaca satu artikel..dimana isinya tentang kesedihan..tentang dunia yg tdak perlu ditangisi.. kesedihan tu satu fitrah manusia...setiap manusia mengalami perasaan itu..
ada 2 jenis kesedihan..kesedihan di mana kita makin DEKAT dgnnya...dan kesedihan yg membuat kita makin JAUH denganNya.. tapi kemanakah kita ni nak meluahkan rasa hati tatkala kesedihan tu melanda??


kawan2..kwan2 prasan tak kita selalu bersedih tentang hal duniawi semata? hurm..ye..aku akui..aku pon menghadapi benda tu..then bila terbaca artikel tu..baru aku rasa mcm buang masa..benda yg terlalu kecil disedihkan..maybe itu salah satu tandanya seorang manusia itu punyai perasaan.. tapi bila fikir balik..patut ke kita sedih kerana hal dunia yg besar bagi kita tapi kecil sebenarnya di sisiNya..?

dalam 1 hadis sahih ade mengatakan: 

Seandainya nilai dunia ini disisi Allah sama nilainya dengan sayap seekor nyamuk, nescaya Allah tidak akan memberi mnum kepada orang kafir walau seteguk air pun.

Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah seorang ulama yang sangat masyur pernah mengatakan bahawa:
Mengingati Allah itu ibarat air kepada ikan,lihat keadaan ikan apabila berjauhan tanpa air.

Ibnu Qayyim Al Jauziyyah juga pernah mengatakan bahawa:
Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali gembira mengenali Allah.
Sakinah atau kebahagian adalah apabila kita merasa aman atas diri sendiri masa depan, keluarga dan kehidupan kita sendiri. Dan semua ini terhimpun dalam keimanan, redha terhadapa qadha' dan qadhar serta diiringi oleh sifat qana'ah dan sabar.
Oleh itu kita harus kembali kepada hakikat hidup yang sebenar, jadikanlah kesedihan itu sebagai ruang untuk kita meraih pahala daripadaNya dan bukannya kita lemparkan dan luahkan segala kesedihan kita semata-mata kerana dunia, kerana dunia ini terlalu kecil untuk ditangisi..
Wallahua'lam...




Monday, March 26, 2012

no worries..but still

hari ni 26 mac 2012..aku xtaw nak cakap macam mana..aku harap kawan2 xd simpan dendam ngn aku.. kalau de pon..aku minta maaf taw! hurm..terima kasih kat kawan2 yg dah maafkan..yang belum tu..aku hy mampu doakan moga dilembutkan hatinya..ameen..

hari ni bosan dan mengantuk..aku duduk sorg2 di satu sudut tu..membuat aku terfikir.. salah ke nak berkongsi ilmu yg kita dapat? mereka bole berkata aku hanyalah berlakon dan tunjuk baik..astagfirullah..minta disimpangkan..istigfar byk2 nadiah..xpe..ni dugaan..kau pon xyah layan sgt mulut org..mulut org mmg xleh tutup.. huhu..okay..lpas ni..aku hy mmpu kongsi ilmu kat ruangan ni sahaja..diorang nak ckap pe..biarlah..FaceBook..biarlah menjadi sumber aku untuk terus berhubung dgn rakan2 lama..


mungkin juga ini salah satu cara menghapus dosa2 kecilku? tp xdelah seberat mana ujian ini kalau nak ditimbang dgn kesusahan orang lain..bersyukurlah kerana msih ade Ujian untukmu nadiah~

untuk kawan2, 
jangan pernah putus asa, jangan pernah patah semangat, jangan pernah pandang belakang jika kita rasa kita nak kembali ke jalanNya dan memohon keampunan dariNya atas dosa2 lampau... teruslah maju ye!
untuk saya juga! walau perubahan ni xdelah drastik..trus jadi seorang wanita solehah..sekurang-kurangnya aku sedang berusaha ke jalanMu..

Sunday, March 25, 2012

bilalah giliranku tiba?~tahniah kawan~

notification menunjukkan satu berita gembira buatku~ berita pertunangan sahabatku~ aku membuka page group untuk ex schoolmates..sungguh ramai tidak menyangka bahawa dialah yang bakal bertunang tu.. tahniah buatmu!! aku tumpang gembira..smoga berbahagia..dan dipanjangkan jodohnya sehingga ke akhir hayat.ameen.



aku terfikir sejenak..semuda itu dia berjumpa dgn tulang rusuknya..insyaAllah..bilakah tibanya untuk ku? biarlah si dia yang mencariku..bukan aku yang terhegeh2 mencarinya...semoga naluriku ini betul..aku memohon agar betul pilihan ku kelak..tak berapa nak best lah memikirkan hal2 dewasa yang tak perlu aku fikirkan..tapi siapa kata tidak perlu??

umurku sudah pon mencecah angka 2..rasanya tidak salah... kebimbangan fitnah itu berlaku amat menganggu.. semoga dijauhkan..

apa-apa pun..TAHNIAH buat sahabatku...FATIN..aka abeyy..semoga dilimpahkan kebahagiaan..dunia dan akhirat..ameen...

~salam kasih dariku~

seKADAR perKONGSIan~

aku hambaNya yang serba kekurangan...pasti ada kekurangan disetiap sudut kehidupan..begitulah juga aku hamba yang banyak membuat kesilapan..dan aku ingin menebus sgala kesilapan lampau itu..

disaat orang bergelak ketawa..aku hanya mampu tersenyum menandakan aku bahagia..disaat orang bersedih, aku hanya mampu membuat mereka tersenyum..tapi tidak cukup untuk membuat mereka bahagia..

aku bukanlah seorang sahabat yang 'perfect' untuk mereka..tapi aku tahu mereka dah berikan yang terbaik untuk aku..aku bukanlah seperti para sahabat nabi..yang setia kepada nabi..tapi aku sedang usaha ke arah itu.. itu lah sebabnya aku sangat menyayangi hubungan persahabatan ini..walaupun aku bukan yg terbaik..tapi mereka banyak mengajarku erti kehidupan dalam persahabatan..alhamdulillah..Allah telah mengurniakan aku sahabat seperti mereka..

saya tengah berusaha menjadi lebih baik~


sesungguhnya aku merasa malu dgn dosa-dosa lampau disaat menadah tangan memohon keampunan dariNya...


Love ♥♥♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers